MADRASAH IKHWANUL MUSLIMIN
Membedah Pemikiran dan Perjuangan Gerakan Islam

Hassan al Banna

7:11 PM
Read On 0 comments

Faraq Naggar

9:46 AM


sumber: ustaz halim ISMA

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).

Pagi itu saya melihat berita-berita perkahwinan, majlis dan sebagainya yang sengaja memilih tarikh 9.9.09 kerana keunikan tarikh tersebut. Saya tidak menyangka bahawa di tarikh itu juga, saya dan Dakwah ini menangisi dan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang idola perjuangan Islam Abad 21, Ustaz Farag Naggar yang kembali ke rahmatullah. Sungguh berat saya menerima berita dan hakikat ini.Sejak dari mula mengenali beliau yang sarat dengan perjuangan dan pengalaman, usia beliau yang telah lanjut menyebabkan saya sentiasa cuba bersedia menerima hakikat sesiapa sahaja dikalangan makhluk ini, mempunyai tempoh hayat di sisi Allah swt. seperti ungkapan Arab, “Ihbib man syi’ta fa innaka mufarikuhu” (Anda cintailah sesiapa pun, namun anda tetap akan berpisah dengannya). Pernah saya mencadangkan kepada seorang teman Arab agar perlu seorang dua belia yang sentiasa bersamanya menulis riwayat hidup dan pengalaman beliau selagi hayatnya masih dikandung badan, demi untuk dikongsi oleh generasi selepasnya.

Pada mulanya saya tidak berhasrat menghantar posting ini pada saat ini kerana suasana gembira Hari Raya yang sedang kita bersiap untuk meraikannya, namun hari demi hari berlalu, terasa semakin besar hak beliau ke atas saya yang mesti saya tunaikan erti kesetiaan dalam perjuangan, terasa semakin besar hak generasi para Duat hari ini untuk mengenali syahsiyah agungini yang kerana kesetiaan dan kesungguhan beliau dan teman-temannya, Dakwah ini semakin berkembang dan menyinari jiwa generasi demi generasi.

1

Hasan Al-Banna bersama ikhwahnya anggota Ikhwan Muslimin didalam satu program tarbiyah.

Imam Syahid melahirkan ramai tokoh-tokoh mujahid di Jalan Dakwah sejak dihari pertama penubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Biji benih yang ditanam kini akarnya telah menjunam jauh ke dasar bumi dan pohonnya lebat merendang, sukar bagi sesiapa untuk mencabutnya, walau berbagai usaha dan strategi telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah sehingga kehari ini. Bahkan semakin hari semakin meneguh, disegani kawan dan digeruni lawan. Berkata Iman Hasan Al-Banna, “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”. Diantara mujahid yang dididik oleh Hasan Al-Banna ialah Ustaz Farag Naggar.

Pic37

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949). Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.

Al-Ustaz Farrag Naggar dilahirkan pada hari Ahad 5 Ramadan 1341H bersamaa 22 April 1923 di Kampung Meit Khaqan, daerah Syibin Al-Kom, negeri Al-Manufiah, Mesir dalam sebuah keluarga yang sederhana dan teguh beragama. Ayahnya, Haji Ibrahim adalah seorang tukang kayu atau dalam bahasa Arab “Najjar”, berkahwin dengan ibunya Syafiqah Nuwair Ahmad Al-Jamal. Mereka dikurniakan Mahmud, Muhammad, Abdul Khaliq, Farrag, Zainab, Azizah, Diyad dan Abdul Ghani. Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata, “Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mengcengkam”.

ii77

Ustaz Farag Naggar (1923 – 2009). Beliau adalah pimpinan Ikhwan Muslimin yang tidak dapat ditangkap oleh Presiden Gamal Abdul Naser selama 22 tahun yang berada di dalam negara Mesir, ketika pimpinan-pimpinan lainnya di dalam penjara atau di luar negara.

Ibu dan ayahnya begitu mengambil berat agar anak-anak mereka dididik dengan akhlak Islam dan menjaga Solat. Oleh kerana itu, mereka mengundang Asy-Syeikh Abdul Hamid Ghunaim ke rumah untuk menghafazkan Al-Quran dan mengajar syair-syair Arab lama kepada anak-anak mereka.

Dakwah Ikhwan Muslimin

img888Di permulaan kehidupan Ustaz Farrag Najjar, beliau mengikut beberapa tarikat sufi seperti Tarikat As-Syaziliah,kemudian Tarikat Ar-Rifaiyah. Banyak kisah-kisah beliau bersama tarikat-tarikat sufi dan tidak kurang yang melucukan. Akhirnya beliau tidak lagi bersama dengan mereka. Pada suatu hari, ketika beliau sedang bermain bola sepak dengan teman-temannya di kampung, seorang teman lamanya yang tinggal di kota Kaherah, Abdul Razak Al-Araby menemuinya dan berkata, “Kami ingin mengajak kamu menyertai tarikat kami”. “Tarikat apa pula ni? Sebenarnya aku dah bosan dengan tarikat-tarikat ni”, kata Ustaz Farrag Najjar. Kawannya menghulurkan majallah yang didalamnya ada sehelai kertas. Ustaz Farrag lantas mengambil kertas tersebut dan membacanya.

img2“Ad ‘u ilaina ad-dunya, faqad abramaha amran. Wa ajmak alaina an-nas, fasanatlu alaihim min ladunna zikra. Sanatub al-Marid bi dawaa-ina, wa nanfakh fil jiban min ruhina. Summut uzunud dunya, in lam tasmak lana. ALLAH GHAYATUNA, AR-RASUL ZAIMUNA, AL-QURAN DUSTURUNA. AL-JIHAD SABILUNA. WAL MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA

(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI).

“Kata-kata ini benar-benar mengesani jiwa saya. Tarikat-tarikat sufi terdahulu tidak pernah memberi kesan seumpama ini, walau ianya terdiri dari beberapa ayat pendek. Aku bertanya, siapakah syeikh ini yang mahu aku bergabung ke dalam dakwahnya”, kata Ustaz Farag. Abdul Razzak menjawab, “Hasan Al-Banna”. Beliau bertanya bagaimana cara bertemu dengannya. Akhirnya mereka berdua tiba di Kaherah. Hari itu hari Rabu. Iman Hasan Al-Banna sedang menyampaikan ceramah di dewan. Apabila beliau melihat mereka berdua, kata Ustaz Farrag, “Aku tidak tahu apa dah terjadi pada diriku. Aku merasakan tubuh badan aku menggeletar kerana dipandang oleh beliau. Aku sangat terkesan dek pandangannya”. Setelah tamat ceramah, dia turun dari pentas dan berada di sisi kami, memeluk kami menyebabkan aku kagum dan terharu !! Beliau meminta izin sebentar kerana ada urusan. Setelah selesaiurusannya, beliau kembali kepada aku tetapi agak lewat dan memohon maaf. Sekali lagi aku takjub kepada seorang yang ulung dan lebih tua, tetapi memohon maaf kepada aku yang kerdil yang belum menjangkau umur 15 tahun.

Ustaz Farrag Najjar mula menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin di kampungnya dengan bersungguh-sungguh sehingga tertubuhnya Ikhwan cawangan Meit Khaqan. Pada tahun 1940 beliau mengundang Iman Hasan Al-Banna membuat kunjungan ke kampung. Ketika itu juga Kampung Meit Khaqan bertukar dari menjadi kubu kuat Parti Wafd kepada Ikhwan Muslimin.

SDC11622

Mampukah Dakwah di Abad 21 ini menghasilkan rijal sekental Dakwah sezaman Hasan Al-Banna dan Farag Naggar di Abad 20.

Ustaz Farrag dipilih oleh Iman Al-Banna untuk menyertai Nizam Khas bagi membuat penentangan terhadap Penjajah British di Mesir. Di antara operasi-operasi beliau dan rakan-rakannya ialah di Jabal Baghuth dimana ledakan bom yang memusnahkan pos keselamatan British di situ memaksa Penjajah keluar meninggalkan negeri Al-Manufiah.

Apabila Presiden Gamal Abdul Naser memegang tampuk pemerintahan dan mengisytihar perang terhadap Ikhwan Muslimin, tiada dikalangan anggota pimpinan Ikhwan Muslimin melainkan dalam dua keadaan, samada disumbat ke dalam penjara di dalam negara Mesir, atau mereka yang sempat pergi ke luar negara seperti Negara-negara Arab yang lain atau Barat, kecuali Farag Naggar. Beliau berada di dalam Mesir, memilih untuk tidak menyerah diri kerana menyimpan banyak rahsia Ikhwan Muslimin, tidak dapat ditangkap sehingga berlalu masa selama 22 tahun apabila suasana politik di Mesir berubah dengan berubahnya kerajaan dan polisi-polisinya.

1- Beliau diantara orang yang paling banyak menemani Hasan Al-Banna di dalam rehlah Dakwahnya ke seluruh pelusuk Mesir. Oleh kerana itu, beliau mendapat pengisian dan tarbiyah langsung dari Hasan Al-Banna. Diantara yang menakjubkan Farag Naggar terhadap Hasan Al-Banna dalam perjalanan ialah masa rehat dan tidur Hasan Al-Banna kebanyakannya ialah semasa di dalam kenderaan ketika perjalanan. Masa di destinasi-destinasi dipenuhi dengan Dakwah dan pertemuan dengan para anggota dan mad’u. Apabila kenderaan mula bergerak dan Hasan Al-Banna berkata kepada beliau dia hendak tidur dan tolong kejutkannya setiba di destinasi, Hasan Al-Banna terus tidur dengan mudah, memberikan hak badannya dengan baik.

2- Pernah di dalam 22 tahun mengelak diri dari tangkapan, Presiden Gamal Naser cuba memasang perangkap dengan menyebarkan berita bahawa ibunya sedang sakit. Jiwa orang Arab sangat rapat dengan keluarganya. Musuh tahu Farag Naggar akan balik ke rumah ibunya apabila mendengar berita yang direka-reka itu. Memang betul, Farag Naggar masuk ke kampung dengan menyamar sebagai pengembala unta. Dia kemudian singgah di rumah ibunya dan dapati ibunya sihat tetapi tidak mengenali siapa beliau. Dia meletakkan sesuatu didalam mulutnya agar ibunya tidak dapat mengecam suara anak kandungnya itu. Ibunya menghidangkan sarapan pagi berupa roti, jibnah (keju) dan lain-lain. Kata Farag Naggar, “Sekiranya ibunya dapat mengecam suara dan mendapati dihadapannya adalah anaknya yang menghilangkan bertahun-tahun, dia percaya ibunya akan pengsan ketika itu juga“. Setelah selesai sarapan dan perbualan, Farag Naggar meminta izin mengundurkan diri dari ibunya yang dikasihi, demi menyelamatkan Dakwah ini yang lebih dikasihinya, ke arah mencari redha Ilahi yang paling dikasihinya.

3- Farag Naggar berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin ke masyarakat disekelilingnya. Namun dia tidak menyangka Dakwah ini dan nama Hasan Al-Banna yang sangat dikenalinya, juga tersebar ke pelusuk negara Arab yang lain. Ketika itu tiada kemudahan perhubungan berita, telefon, radio dan sebagainya jauh sekali internet dan handphone. Suatu masa dia melawat negara Yaman, sebuah bumni Arab di hujung Semenanjung Arab bersempadankan Laut Arab. Dia pergi ke hujung negara Yaman di kawasan yang bergunung ganang. Apabila dia mula masuk ke satu kampung, beliau bertemu dengan seorang budak dan saling berkenalan. Apabila budak tersebut mendengar bahawa Farag Naggar berasal dari Mesir, budak itu bertanya, “Adakah engkau mengenali seorang yang bernama Hasan Al-Banna?”. Mendengar nama Hasan Al-Banna yang disebut di tempat yang sebegini jauh dan terpencil, Farag Naggar tidak dapat mengawal perasaannya dan terus menangis.

4- Selama 22 tahun beliau hidup dalam mengelak dirinya dari ditangkap Kerajaan Mesir, beliau tinggal di sebuah rumah tanpa membuka tingkap selama 9 tahun.

5- Beliau dihantar oleh Hasan Al-Banna masuk ke dalam Parti Komunis Mesir, sehingga menjawat jawatan Setiausaha Agung. Pada suatu malam, Hasan Al-Banna berceramah di suatu tempat. Farag Naggar ditugaskan oleh Parti Komunis Mesir untuk mengatur pembunuhan terhadap Hasan Al-Banna ketika ceramah tersebut. Beliau mengatur beberapa pemuda Komunis di satu tempat, siap untuk menyerang Hasan Al-Banna ketika ceramah, dan beliau juga mengatur beberapa pemuda Ikhwan Muslimin di satu tempat berhampiran, siap untuk menangkap dan menggagalkan sebarang usaha untuk mendekati si penceramah. Akhirnya rancangan jahat tersebut berjaya diatur dan digagalkan oleh beliau.

img119(1)

6- Beberapa hari sebelum Hasan Al-Banna ditembak syahid, Farag Naggar sebagai seorang yang sangat peka aspek keselamatan Dakwah ada menyatakan kepada Hasan Al-Banna bahawa usaha membunuhnya sudah semakin dekat dan dia mesti mengambil langkah-langkah yang lebih ketat yang akan mengurangkan gerak Dakwahnya. Hasan Al-Banna menjawab, “Aku bersedia menemui Tuhanku“.

7- Di musim Pilihanraya Umum Mesir tahun 2006 yang lalu, Ikhwan Muslimin mengambil keputusan melibatkan diri didalamnya dan menang 88 dari 444 kerusi yang dipertandingkan walaupun setelah berdepan dengan penipuan terang-terangan oleh pihak berkuasa, Parti Demokrasi Nasional, pimpinan Husni Mubarak. Sebelum pilihanraya, Ikhwan Muslimin bercadang meletakkan Farag Naggar sebagai salah seorang calon Parlimen di negerinya, Al-Manufiah. Setelah mendapat tekanan hebat dari pemerintah, hasrat tersebut ditarik balik. Saya masih ingat beliau bercerita menerangkan sebab tekanan tersebut sedemikian rupa. Sambil berseloroh beliau berkata, sebab pertama ialah kerana Presiden Hosni Mubarak tidak mempunyai timbalan sejak dahulu. (Ada pendapat mengatakan sementara menunggu masa bagi anaknya, Jamal Mubarak untuk mengambilalih, seperti proses yang memang sedang berlaku sekarang). Di dalam Perlembagaan Mesir menyatakan jika Presiden meninggal dunia atau meletakkan jawatan tanpa mempunyai timbalan, ahli Parlimen yang akan menjadi Presiden baru adalah ahli yang paling tua usianya. Jika bertanding, Farag Naggar adalah calon yang paling tua usianya (83 tahun ketika itu). Sebab kedua, presiden-presiden Mesir sebelum ini seperti Sadat, Hosni Mubarak adalah berasal dari negeri Al-Manufiah, sehingga hari ini menjadi kata-kata masyhur dikalangan rakyat Mesir bahawa Al-Manufiah adalah “Balad Ar-Rais” (Negeri Tuan Presiden) dan beliau (Farag Naggar) juga berasal dari negeri yang sama !!

img85

img75(3)

img43(9)

“Diantara orang-orang beriman, ada mereka yang benar jujur terhadap janji mereka kepada Allah. Sebahagian mereka telah pergi (menemui Tuhan mereka). Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janji mereka)” (Al-Quran)

Di setiap zaman dan tempat, disepanjang sejarah Islam yang panjang, Al-Quran dan As-Sunnah telah berjaya mendidik dan mencetak para Duat di JalanNya. Farag Naggar adalah hujjah Al-Quran ke atas kita bahawa seorang insan, jika dididik dengan tarbiyah yang baik, akan menghasilkan kejayaan dan lonjakan untuk Dakwah ini. Begitulah harapan kita kepada pemuda pemudi generasi Islam hari ini. Beliau adalah salah satu contoh bagi firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada syirik bagiNya. demikian aku disuruh…” (Al-Quran).

Semoga Allah merahmati Al-Marhum, menempatkan beliau dikalangan para Nabi, As-Siddiqiin, Asy-Syuhadak dan As-Solohin. merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

Read On 0 comments

Dasar-Dasar Islam 1

1:28 PM

IMAN

1. KEPENTINGAN PENGETAHUAN BAGI SEORANG MUSLIM

KURNIA ALLAH YANG TERBESAR

Saudara-saudara seiman yang berbahagia!

Setiap Muslim nescaya yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia

ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang

telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang

telah memberikan kepadanya kurnia Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai

kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana

disebutkan dalam al-Qur'an:

“... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan

kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."(

Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )

Read On 0 comments

Riwayat Hidup Maulana Muhammad Ilyas.

6:34 AM

PENGASAS-PENGGERAK GERAKAN TABLIGH

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H. (1886) di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar Prades, India. Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara’. Saudaranya antara lain Maulana Muhammad yang tertua, dan Maulana Muhammad Yahya. Sementara Maulana Muhammad Ilyas adalah anak ketiga dari tiga bersaudara ini.

Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada kakeknya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah seorang guru agama pada madrasah di kota kelahirannya. Kakeknya ini adalah seorang penganut mazhab Hanafi dan teman dari seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang direktur pada lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow, India. Ayah beliau Syaikh Muhammad Ismail adalah seorang ruhaniawan besar yang suka menjalani hidup dengan ber’uzhlah, berkhalwat dan beribadah, membaca Al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta mengajarkan Al-Qur’an dan ilmu-ilmu agama.

Beliau selalu mengamalkan do’a ma’tsur dari hadits untuk waktu dan keadaan yang berlainan. Perangainya menyukai kedamaian dan keselamatan serta bergaul dengan manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan, tidak seorangpun meragukan dirinya. Bahkan beliau menjadi tumpuan kepercayaan para ulama sehingga mampu membimbing berbagai tingkat kaum muslimin yang terhalang oleh perselisihan di antara mereka. Adapun ibunda beliau Shafiyah Al-Hafidzah adalah seoarang Hafidzah Al-Qur’an. Istri kedua dari Syaikh Muhammad Ismail ini selalu menghatamkan Al-Qur’an, bahkan sambil bekerjapun mulutnya senantiasa bergerak membaca ayat-ayat Al-Qur’an yang sedang ia hafal.

Maulana Muhammad Ilyas sendiri mulai mengenal pendidikan pada sekolah Ibtidaiyah (dasar). Sejak saat itulah beliau mulai menghafal Al-Qur’an, hal ini di sebabkan pula oleh kebiasaan yang ada dalam keluarga Syaikh Muhammad Ismail yang kebanyakan dari mereka adalah hafidzh Al-Qur’an. Sehingga diriwayatkan bahwa dalam shalat berjama’ah separuh shaff bagian depan semuanya adalah hafidzh terkecuali muazzin saja. Sejak kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam dirinya, beliau memilki kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah. Sehingga ‘Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu hadits pada madrasah Darul ‘Ulum Deoband) mengatakan, “sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Ilyas aku teringat akan kisah perjuangan para sahabat”.

Pada suatu ketika saudara tengahnya, yakni Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang ‘alim besar dan pembaharu yang ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saranpur, Utar Pradesh, India. Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu dengan bimbingan Syaikh Rasyid. Hal ini pula yang membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana kakanya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar agama menyertai kakaknya di Gangoh. Akan tetapi selama tinggal dan belajar di sana Maulana Ilyas selalu menderita sakit. Sakit ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya, tabib Ustadz Mahmud Ahmad putra dari Syaikh Gangohi sendiri telah memberikan pengobatan dan perawatan pada beliau.

Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan belajarnyapun menurun, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Banyak yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu, beliau menjawab, ”apa gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”. Dengan ijin Allah SWT, Maulana pun menyelesaiakan pelajaran Hadits Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah. Tubuhnya yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh dari Syari’at Islam.

Ketika Syaikh Gangohi wafat pada tahun 1323 H, beliau baru berumur dua puluh lima tahun dan merasa sangat kehilangan guru yang paling dihormati. Hal ini membuatnya semakin taat beribadah pada Allah. Beliau menjadi pendiam dan hanya mengerjakan ibadah, dzikir, dan banyak mengerjakan amal-amal infiradi.

Maulana Muhammad Zakariya menuliskan:

Pada waktu aku mengaji sebuah kitab kepada beliau, aku datang padanya dengan kitab pelajaranku dan aku menunjukkan tempat pelajaran dengan jari kepadanya. Tetapi apabila aku salah dalam membaca, maka beliau akan memberi isyarat kepadaku dengan jarinya agar menutup kitab dan menghentikan pelajaran. Hal itu beliau maksudkan agar aku mempelajari kembali kitab tersebut, kemudian datang lagi pada hari berikutnya.

Beliau akhirnya berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud dan akhirnya beliau berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuat beliau semakin tawaddu'. Ketawaddu'an beliau di usia mudanya menyebabkan beliau dihormati di kalangan para Ulama dan Masyaikh. Syaikh Yahya, kakak kandung beliau sendiri tidak pernah memperlakukan beliau sebagai anak kecil, bahkan Syaikh Yahya sangat menghormati beliau.

Pada suatu ketika di Kandhla ada sebuah pertemuan yang dihadiri oleh ulama-ulama besar, di antaranya terdapat nama Syaikh Abdurrahman Ar-Raipuri, Syaikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri, dan Syaikh Asyraf Ali At-Tanwi. Waktu itu tiba waktu sholat Ashar, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimami sholat tersebut. Ustadz Badrul Hasan salah seorang di antara keluarga besar tersebut berkata, “alangkah panjang dan beratnya kereta api ini, namun alangkah ringan lokomotifnya”, kemudian salah seorang diantara hadirin menjawab,” tetapi lokomotif yang kuat itu justru karena ringannya”.

Akibat kematian kakaknya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Agustus 1925, beliau mengalami goncangan batin yang cukup berat. Dua tahun setelah itu, menyusul kakaknya yang tertua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Beribu orang menziarahi jenazahnya. Setelah dimakamkan orang ramai meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan kakaknya di Nizamuddin padahal pada waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul ‘Ulum. Masyarakat bahkan menjanjikan dana bulanan kepada madrasah dengan syarat agar dapat diamalkan seumur hidupnya. Pada akhirnya, setelah mendapat ijin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa manfaat maka Maulana Ilyas akan diberi kesempatan untuk berhenti mengajar. Beliau pun akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madarasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliaupun akhirnya membuka kembali madrasah tersebut.

Karena semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan Maktab di Mewat, tetapi kondisi geografis yang agraris menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Dengan demikian Maulana Ilyas dengan terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang ditanggung oleh Maulana sendiri. Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam kondisi yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun.

Beliau melihat bahwa kebodohan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana mestinya, sehingga gelombang kebodohan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang melaju deras sampai ratusan mil membawa mereka hanyut. Tetap saja masyarakat masih belum memiliki semangat agama. Kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengirimkan anak-anak mereka untuk belajar ilmu di Madrasah. Hal ini disebabkan mereka tidak tahu pentingnya ilmu agama, mereka pun tidak menaruh hormat pada lulusan Madrasah yang telah memberikan penerangan dan dakwah. Orang Mewat pun tidak mau mendengarkan apalagi mengikutinya. Kesimpulannya bahwa Madrasah-madrasah yang ada itu tidak mampu mengubah warna dan gaya hidup masyarakat.

Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi masyarakat Mewat. Dengan ijin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama’ah dakwah ke Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji yang ketiga ke tanah suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang ada di Arab guna mengenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab. Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha mulia yang dibawanya. Selama di tanah Makkah Jama’ah bergerak setiap hari sejak pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.

Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai Jama’ah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu justru semakin membengkak. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jama’ah-jama’ah yang dikirim ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya agama. Beliau sepenuhnya yakin bahwa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerusakan. Adapun satu-satu jalan adalah membujuk orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan belajar agama, serta melatih kebiasaan-kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesadarannya untuk mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal (harta).

Dari Mewat inilah secara berangsur-angsur usaha tabligh meluas ke Delhi, United Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jama’ah yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditargetkan sepeti halnya daerah Asia Barat. Terbentuknya jama’ah ini adalah dengan ijin Allah melalui kerisauan seorang Maulana Muhammad Ilyas, menyebarlah jama’ah-jama’ah yang membawa misi ganda yaitu ishlah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Perkembangan jama’ah ini semakin hari semakin tampak. Banyak jama’ah yang dikirim dari tempat-tempat yang dikunjungi jama’ah pun ada yang kemudian membentuk rombongan jama’ah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim yang lain dapat terwujud. Gerakan jama’ah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai negara. Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini.

Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, jama’ah-jama’ah banyak dibentuk dan dikirim ke pelosok jazirah. Sehingga dengan ijin Allah usaha ini pun semakin meluas. Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan umur yang tua renta, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit. Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jama’ah kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan, Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh.

Pada sekitar bulan Juli 1944 beliau jatuh sakit yang cukup parah, beliau hanya berbaring di tempat tidur dengan ditemani para pembantu dan muridnya. Kondisi tubuhnya yang telah lemah merupakan bukti nyata bahwa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat lain bersama dengan Jama’ah untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.

Pada tanggal 13 Juli 1944, Maulana telah siap untuk menempuh perjalanannya yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang yang hadir, “apakah besok hari Kamis?”, yang di sekelilingnya menjawab,”benar”, kemudian beliau berkata lagi, “periksalah pakaianku, apakah ada najisnya atau tidak”, yang disekelilingnya berkata bahwa pakaian yang dikenakannya masih dalam keadaan suci. Kemudian beliau turun dari dipan, berwudlu dan mengerjakan sholat Isya’ dengan berjama’ah. Beliau berpesan kepada orang-orang agar memperbanyak dzikir dan do’a pada malam itu. Beliau berkata,”yang ada di sekelilingku ini pada hari ini hendaklah menjadi orang-orang yang dapat membedakan antara perbuatan setan dan perbuatan malaikat Allah”.

Pada pukul 24.00 beliau pingsan dan sangat gelisah, dokter segera dipanggil dan obat pun segera diberikan, kata-kata Allahu Akbar terus keluar dari mulutnya ketika malam telah menjelang pagi, beliau mencari putranya Maulana Muhammad Yusuf dan Maulana Ikromul Hasan ketika dipertemukan beliau berkata,” kemarilah kalian, aku ingin memeluk, tidak ada lagi waktu setelah ini, sesungguhnya aku akan pergi”. Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke rahmatullah sebelum adzan Shubuh. Seorang pengembara yang amat lelah yang mungkin tidak pernah tidur dengan tenang, kini sampai ke tempat tujuannya. “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan di ridhai-Nya. Maka masuklah kamu kedalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku” (Al-Fajr, 127-128).

Beliau tidak banyak meninggalkan karya-karya tulisan tentang kerisauannya akan keadaan umat. Buah pikiran beliau dituang dalam lembar-lembar kertas surat yang di himpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini. Karya beliau yang paling nyata adalah bahwa beliau telah meninggalkan kerisuaan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metode kerja dakwahnya yang atas ijin Allah SWT telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, Insya Allah akan mengambil jalan dakwah ini sebagai penawar dan obat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya dan orang lain.

Prinsip dan Usaha Membangun Tradisi Dakwah

Dakwah merupakan masalah yang paling penting dalam mengembalikan kejayaan umat Islam. Kesan dakwah pada saat ini tidaklah sepenting yang digariskan, dan seakan sudah tidak ada lagi dalam pikiran orang-orang Islam yang hidup pada zaman ini. Orang-orang Islam mungkin lupa bahwa risalah kenabian dan kerasulan telah ditutup oleh Allah SWT. Sementara agama Islam yang menjadi jalan keselamatan harus sampai kepada generasi terakhir umat manusia yang tidak seorangpun mengetahui kapan berakhirnya. Sering diungkapkan dalam riwayat-riwayat tentang penyakit umat-umat nabi terdahulu yang pada saat ini dapat kita lihat sendiri. Maka menjadi tugas umat Islam sebagai pewaris tugas kenabian untuk mendakwahkan agama Allah SWT hingga generasi terakhir dari peradaban manusia.

Dalam pandangan Maulana Muhammad Ilyas dakwah merupakan kewajiban umat Nabi Muhammad saw. Pada prinsipnya setiap orang yang mengaku mengikuti ajaran Nabi Muhammad tentulah memiliki kewajiban mendakwahkan ajarannya, yaitu agar selalu taat kepada Allah dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah. Menjadikan dakwah sebagai maksud hidup untuk mencapai puncak pengorbanan merupakan tujuan yang harus dicapai setiap individu pendakwah yang mengerti kondisi umat Islam saat ini. Sebagaimana halnya para sahabat nabi yang dalam riwayat banyak dikisahkan tentang pengorbanan mereka terhadap agama Allah SWT, sehingga Allah memberikan kemulian dan kesempurnaan amal agama dan kehidupan yang tidak hanya berdimensi ibadah semata melainkan mencakup semua bidang kehidupan berupa politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Pada awal perkembangannya yang sedemikian terbatas, Islam mampu menguasai belahan dunia pada saat itu dengan menundukkan Romawi dan Persi serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan ke seluruh belahan dunia. Hal ini merupakan bukti tentang besar dan megahnya Islam dengan generasi yang berpegang teguh pada ajarannya. Hal inilah yang dikehendaki Maulana agar dapat terwujud kembali di kalangan umat Islam. Maulana menghabiskan masa hidupnya untuk berdakwah, mengajarkan prinsip dakwah yang hakiki yakni bahwa setiap diri yang mengaku sebagai umat Islam mempunyai kewajiban dakwah, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Dalam salah satu suratnya yang ditujukan pada Syaikh Muhammad Zakariya, beliau menulis:

Aku ingin agar pikiran, hari, kekuatan dan waktuku hanya aku gunakan demi cita-citaku ini saja. Bagaimana aku dapat bekerja selain dari kerja dakwah dan tabligh, sedangkan aku melihat ruh Nabi saw bersedih akibat perilaku buruk umatnya, lemah agama dan aqidah, merosot dan hina serta tidak adanya kejayaan bahkan telah lama digilas kekufuran.

Kerisauan yang mendalam akan keadaan umat inilah yang menyebabkan beliau berkeinginan kuat untuk terus berdakwah mengajak orang taat kepada Allah dan menyampaikan kebesaran Allah dengan manifestasi menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Melalui segala macam usaha yang dilakukan oleh beliau dengan pikiran dan kerisauan akhirnya terbentuklah jama’ah-jama’ah yang berkeinginan mendakwahkan kembali ajaran Nabi Muhammad saw kepada umatnya.

Membebankan kewajiban bertabligh (amar ma’ruf nahi munkar) semata-mata pada kalangan ulama adalah sebagai tanda adanya kebodohan pada diri kita. Tugas ulama adalah mengajarkan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar akan pemahaman terhadap agama. Sedangkan memerintahkan berbuat kebajikan di antara khalayak dan mengusahakan supaya mereka menuju jalan yang benar adalah tanggung jawab semua orang Islam. Sementara Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam tulisannya menegaskan:

Laju perjalanan umat Islam saat ini jauh tertinggal di belakang, setelah sebelumnya berada di barisan paling depan. Banyak sebab yang menjadikan kaum muslimin dalam kondisi seperti ini, di antara sebab terpenting adalah ditinggalkannya kewajiban dakwah, amar ma’ruf nahi munkar dan jihad fi sabilillah. Semua ini berangkat dari kesalahan persepsi umat dalam memandang kewajiban ini. Masih banyak yang memahami bahwa dakwah adalah kewajiban ulama saja, terbatas dalam bentuk ceramah, khutbah dan mau’idzhoh saja. Sementara itu, sebagian dari mereka ada yang memahami dakwah ini merupakan kewajiban yang berlaku atas setiap individu muslim, namun mereka melakukannya tanpa disertai pemahan yang baik terhadap manhaj dakwah nabawiyah dan rambu-rambu Al-Qur’an.

Jauh sebelum itu Maulana Muhammad Ilyas telah memikirkan keadaan ini, sehingga keinginannya yang telah bersatu dengan kerisauannya akan kondisi umat Islam yang dilihatnya, membuatnya mencurahkan hidupnya untuk kerja dakwah. Bahkan Maulana Muhammad Ilyas mulai membangun tradisi dakwah yang ia mulai dengan membentuk jama’ah-jama’ah dakwah yang dikirim ke tempat-tempat tertentu, bahkan dipimpin langsung oleh beliau. Dengan tenaga dan kerisauan yang ada beliau berusaha mengenalkan kewajiban dakwah pada umat Islam dan membangun tradisi tersebut agar semua dapat melaksanakan jalan dakwah ini.

Membangun tradisi dakwah diantara kondisi umat yang jauh dari agama, seperti di Mewat tidaklah semudah yang dibayangkan. Dalam keadaan yang penuh dengan kesesatan dan kejahilan masyarakat, Maulana Muhammad Ilyas terpanggil untuk mengajak mereka kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Terlebih lagi masyarakat yang masih kuat memegang syariat agama. Beliau sangat menyadari bahwa Rasulullah bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri, beliau selalu memikirkan umatnya, merisaukan keadaan umatnya di kemudian hari. Sehingga dalam riwayat di beritakan bahwa ketika ajal beliau datang, dengan terbata-bata masih menyebut umatnya. Pikiran itulah yang selalu muncul dalam benak Maulana, bahwa dakwah hari ini adalah bagaimana mengajak umat kembali kepada jalan Allah dan Rasulnya.

Berdasarkan pengalaman dan pemikiran yang panjang, Maulana melihat bahwa para petani Mewat yang miskin tidak mungkin dapat meluangkan waktunya untuk belajar agama, sedangkan mereka masih berada di tengah-tengah lingkungan dengan segala kesibukannya. Bahkan dalam jangka waktu yang pendek yang dapat mereka berikan itu, tidak dapat diharapkan agar mereka dapat memperoleh kesan yang dalam dari ajaran-ajaran agama yang telah mereka peroleh, serta memiliki semangat agama sebagaimana yang diharapkan yang dapat mengubah cara hidup mereka. Sesungguhnya tidak mungkin meminta mereka semuanya untuk ke madrasah. Namun juga tidak tepat berangan-angan bahwa hanya dengan sekedar nasihat dan ceramah akan mengubah kehidupan mereka dari cara-cara jahiliyah kepada cara-cara Islam, baik dalam perangai, tradisi, maupun pola pikir.

Peran Maulana Muhammad Ilyas dalam menggerakkan masyarakat Mewat yang jahiliyah itu menyebabkan tumbuhnya suasana agama yang mempengaruhi kehidupan masyarakat. Suasana agama inilah yang diperlukan guna menstimulasi berkembangnya masyarakat yang Islami yang mengikuti kehidupan rasul dan para sahabat. Jama’ah-jama’ah dari masyarakat pun dibentuk untuk dikirim ke beberapa tempat agar dapat memperbaiki diri dalam suasana agama, dengan perbekalan seadanya dan semangat untuk menyebarkan dan mensuasanakan agama.

Datangnya Ramadhan dan cahayanya telah menyinari hati manusia, Maulana Ilyas pun meminta para sahabatnya agar menyiapkan jama’ah untuk dikirim ke Kandhla. Padahal mereka tahu bahwa Kandhla merupakan pusat ilmu dan banyak terdapat rohaniawan. Tentu saja mereka berkeberatan untuk menyampaikan seruan agama tersebut. Apalagi jama’ah itu adalah orang-orang yang bodoh, sungguh ini merupakan suatu yang aneh. Namun akhirnya terbentuklah jama’ah yang terdiri dari sepuluh orang Mewat yang dipimpin oleh Hafidzh Maqbul Hasan. Jama’ah ini bertolak dari Delhi menuju ke Kandhla setelah hari raya. Jama’ah mendapatkan sambutan yang menyenangkan.

Jama’ah pertama yang dikirim menyebabkan bertambahnya semangat beliau dalam membangun tradisi dakwah di kalangan masyarakat. Daerah-daerah lain pun mulai dipikirkannya. Gerak jama’ah sangat penting artinya bagi upaya mengubah pola hidup masyarakat. Bagaimanapun keadaannya, beliau tetap berharap dapat mengirimkan jama’ah-jama’ah serupa ke berbagai tempat lainnya. Jama’ah kedua dikirim ke Raipur, kemudian mengadakan ijtima’ (berkumpul bersama) di Chatora hingga terbentuk jama’ah lagi hingga dikirim ke Sonepar, Panipat, dan daerah sekitarnya. Begitulah perkembangan yang terjadi di daerah Mewat dan sekitarnya.

Beliau sepenuhnya meyakini bahwa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerusakan. Adapun satu-satunya jalan keluar adalah membujuk orang-orang Mewat supaya keluar (dari kampung halamannya) guna memperbaiki diri, belajar agama, dan melatih kebiasaan yang baik hingga tumbuh kesadarannya untuk lebih mencintai agama daripada dunia, dan mementingkan amal daripada mal (harta). Maulana bercita-cita mewujudkan satu generasi yang benar-benar mau berkorban untuk agama, seperti berkorbannya para sahabat dahulu. Jika sehari-hari mereka berkorban waktu, harta, dan diri mereka untuk keduniaan, maka mereka pun harus berusaha untuk berkorban dengan diri, harta dan waktu mereka untuk agama. Menjadi hal yang biasa bahwa segala sesuatu yang diperoleh melalui pengorbanan akan sangat dicintai.

Lambat laun suasana di Mewat semakin berubah. Bahkan perubahan tersebut makin tampak pada cara hidup dan tradisi mereka. Mewat menjadi tanah gembur dan subur yang apabila tanaman dakwah Islamiyah dan pengajaran hukum-hukum agama ditanamkan akan tumbuh, berkembang dan berbuah di tempat tersebut. Perkembangan yang terjadi di Mewat adalah perkembangan yang mengesankan, Mewat yang pada mulanya dilingkupi jahiliyah kini telah berubah menjadi pusat dakwah dan siar agama. Usaha Maulana Muhammad Ilyas yang pertama adalah menanamkan iman dan keyakinan yang benar terhadap Allah SWT dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah. Kemudian beliau menyampaikan keutamaan-keutamaan beramal dan kerugian meninggalkannya serta mengajak umat Islam untuk berkorban menyisihkan diri, harta dan waktunya di jalan Allah.

Sampai akhir hayatnya beliau tetap mencurahkan perhatiannya pada usaha dakwah ini. Bahkan setelah berkembang di India, usaha dakwah ini berkembang ke seluruh dunia. Hingga saat ini negara-negara di beberapa berlahan benua telah memiliki amal jama’ah dakwah. Mereka terus bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengajak manusia kembali kepada tugas utama sebagai hamba Allah yang sudah seharusnya mengabdi dengan segenap jiwa dan raga serta sebagai umat Nabi yang terakhir Muhammad saw yang mempunyai tugas dakwah beramar ma’ruf nahi munkar.

Riwayat Hidup maulana Muhammad Ilyas diambil dari buku karangan Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, (1999), Riwayat Hidup Dan Usaha Dakwah Maulana Muhammad Ilyas, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 5-18

lihat, H.A. Hafizh Dasuki (et al), (1993), Ensiklopedi Islam Vol. S1-1, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, hlm. 266

Kutubus Sittah berarti kitab yang enam yaitu kitab-kitab hadits yang telah dijadikan standar para ulama dan kaum muslimin untuk menjadi hujjah bagi persoalan-persoalan agama diantaranya adalah Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa’i, dan Sunan Ibnu Majjah.

Infiradi berasal dari kata faroda yang dalam bahasa arab berarti sendiri, yang dimaksudkan adalah beramal secara sendiri atau tidak berjama’ah

Sayyid Abul Hasan Ali Nadwi, op. cit., hlm. 14

Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadwi, op. cit., hlm. 39-40

Ibid, hlm. 43-44

Tutus Hendrato, op. cit., hlm. 22-23

Ibid, hlm. 24

Sayyid Abul hasan Ali- Nadwi, op. cit., hlm. 127-128

Ibid, hlm. 145

Maulana Ihtisamul Hasan Kandhalawi, (1998), Keruntuhan Umat Islam Dan Cara Mengatasinya, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 23

Sayyid Muhammad Nuh, (1996), Dakwah Fardiyah, Dalam Manhaj Amal Islami, Solo: Citra Islami Press, hlm. 9

Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, loc. cit., hlm 44

Ibid, hlm. 47

Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, op. cit., 45-46

Ibid, hlm. 51

Read On 0 comments

JADUAL INTROSPEKSI

9:00 AM
(Jadwal al Muhasabah)


Metode ini dicipta oleh Ikhwanul muslimin supaya membangkitkan semangat keagamaan, menumbuhkan kekuatan diri dan mengalahkan nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Jadual ini mengandungi pertanyaan yang harus dijawab ya atau tidak agar kita mengetahui sejauh mana kita melaksanakannya atau mengabaikannya. Sebelum tidur satu muhasabah dan penilaian ke atas diri akan dibuat. Pengawas bagi terlaksananya jadual ini ialah Allah SWT. Diantara soalan yang ditanya:

Apakah engkau telah menunaikan salat pada waktunya?

Apakah engkau telah menunaikannya secara berjama'ah?

Apakah engkau telah menghidupkan qiyamul lail?

Apakah engkau telah membaca wirid harianmu dari Al Quran?

Apakah engkau telah membaca do'a-do'amu yang ma'tsur?!

Apakah engkau ada menjenguk saudaramu kerana Allah?

Soalan yang lain boleh ditambah.
Read On 0 comments

Dakwah Adalah Wajib

7:57 AM

KEMBARA DAKWAH BERSAMA BAPAK HAMKA 2

(Dakwah Adalah Wajib)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

‘Diberi sinar oleh Allah seorang hamba yang mendengar akan ucapanku, lalu memahamkannya baik-baik dan menghafalkannya, kemudian itu disampaikannya pula kepada orang lain yang tidak turut mendengarkan. Kadang-kadang orang yang membawakan suatu fiqh(faham) bukanlah dia seorang ahli fiqh. Kadang-kadang seorang yang membawa fiqh kepada orang lebih faham akan fiqh daripadanya. Ada tiga perkara terasa berat memikulnya dalam hati seorang yang merasa diri seorang Islam; iaitu ikhlas beramal kerana Allah dan memberikan nasihat kepada penguasa-penguasa Islam dan tetap tidak menyeleweng ke luar dari jemaah kaum muslimin. Maka dakwahnya itu akan meliputinya dari belakangnya’

Hadith menyatakan kewajiban generasi terdahulu supaya berdakwah. Dan diteruskan pula oleh generasi kita dan akan datang. Tali temali dakwah ini perlu berterusan dan tidak boleh putus.

Dakwah lebih penting daripada habuan material. Suatu Gabenor Mesir menghantar surat kepada Khaifah Umar Abdul Aziz dengan menyatakan orang Kristian Mesir memeluk Islam kerana tidak mahu membayar cukai dan ini akan merugikan kerajaan Islam. Khalifah Umar Abdul Aziz menjawab;

‘sesungguhnya Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW ialah untuk memberi petunjuk manusia kepada jalan yang benar bukan untuk memungut pajak’

Kerajaan Islam rela kerugian demi dakwah. Betapa agung nilai dakwah yang semakin lesu ini. Dakwah menghidupkan agama. Semak diri kita, adakah kita mematikan agama?. Moga Allah SWT mengampuni dosa kita.

Read On 0 comments

Sebuah Cita-cita dan Harapan

7:55 AM
CATATAN IMAM HASSAN AL BANNA 9
(Cita-cita dan Harapan)
Tajuk Karangan

Guru kami, Syeikh Ahmad Yusuf Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk
karangan yang menarik. Dia menghibur kami dengan kelakarnya yang menarik itu.
Apabila dia merasa penat memeriksa karangan kami, dia pun berkata, ‘Ambillah
karangan-karangan awak ini wahai para ulamak dan sebarkan. Duhai kaum ku,
hendaklah kamu mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok
ialah yang ringkas (yakni sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi
penterjemah).

Demi Allah, saya tidak menilai karangan awak berdasarkan panjang
atau pendeknya. Kami pun ketawa mendengar kata-katanya itu. Kemudian, kami pun
membahagi-bahagikan karangan-karangan di kalangan para penuntut.
1927 ialah tahun akhir pengajian saya di Darul Ulum. Salah satu tajuk
karangan yang Syeikh Najati beri kepada kami ialah ‘Apakah cita-cita awak selepas
tamat pengajian nanti? Dan cara cara yang awak hendak gunakan untuk mencapai cita
cita awak itu.’ Berikut ialah jawapan yang saya beri:

'Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan
dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya
menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup
berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya.
Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam
menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan
merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak
dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang
lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak
mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh
membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin
mereka yang telah sesat ke jalan yang benar.

'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga
dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah
tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga
negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat
dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di
bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi
rakyat.

Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh
dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya
kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah
mencari keredhaan Allah dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang
manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di
persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah
memilih salah satu dari keduanya.

'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah
keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik
dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain. Jalan yang
satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama
tadi di segi keikhlasan dan amalan. Perbezaan jalan ini dari jalan pertama tadi ialah:
i) di segi hubungannya dengan manusia;
ii) di segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia;
iii) di segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat;
iv) dan di segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit
masyarakat.

‘Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah. Al-Quran menggelarnya jalan yang
terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini,
Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia
lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai
ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.

‘Saya dapati kaum ku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran
pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya
yang torpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapaian
gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur
baur dengan agama Islam yang tulin itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman
yang penuh kekeliruan Islam, di dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu
telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang
menyekat pertumbuhan flkiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba di
dalam kegelapan jahiliyah. Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam di
dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah
dan mereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma (mulhid).

‘Saya yakin manusia, di segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia
akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang
saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi di dalam diri saya seumpama roh saya
sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya (yakni Ahmad Afandi
Sakri).

Dia begitu berkesan dalam persahabatan saya.
‘Keyakinan saya di dalam perkara ini semua adalah mendalam dan jelas.
Hanya yang perlu ialah untuk meRhat ia menjadi kenyataan. Cita cita saya terbahagi
kepada dua bahagian:

1. Cita-cita khas: Kebahagiaan keluarga dan saudara mara serta kesetiaan
kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan di dalam hati saya.

2. Cita-cita umum: Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin
mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada
waktu malam melalui perbincangan dan syarahan di sekitar agama. Ini boleh
juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat berbagai tempat.

'Untuk mencapai cita-cita yang pertama (yakni cita-cita khas), saya telah
meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah
menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua senjata ini
perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua
senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi
kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya.

Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktik (amali) iaitu meneruskan
pengajian. Saya juga telah menghubungi peribadi-peribadi yang sependapat dengan
saya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Badan saya lemah,
namun begitu saya sudah biasa dengan kerja keras yang berterusan. Saya telah
menyerahkan kehidupan saya kepada Allah. Saya berdo’a kepada Allah agar Dia
menerima usaha saya ini dan memberi saya kekuatan untuk melaksanakan tugas saya.

Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya menjalankan
tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang
terdapat di dalani firman-Nya: (Muhammad: 7)

Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “

‘Ini adalah satu perjanjian di antara saya dan Allah dan guru saya menjadi
saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiada sesiapa
yang mempengaruhi saya kecuah perasaan saya sendiri. Keputusan ini adalah hasil
dari kesungguhan saya kepada Allah Yang mengetahui rahsia hati manusia..’

Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksa karangan saya itu dan memberi
markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada sepuluh.
Dalam karangan tersebut, saya menyebut sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri
yang sama-sama berkongsi perasaan dengan saya. Dia telah berhenti berniaga dan
menutup kedainya kerana hendak sama-sama bergiat dengan saya. Dia masuk
berkhidmat dengan Lembaga Pelajaran Buhairah agar saya dapat bersamanya apabila
saya tamat pengajian nanti. Tidak lama kemudian cita-cita ini berjaya dilaksanakan.

Saya mendapat kerja di Kementerian Pelajaran dan Ahmad Afandi Sakri pun ditukar
ke sana. Kami pun dapat bersama-sama semula di Kaherah selepas beberapa lama.
Read On 0 comments

Mekarnya Bunga Dakwah

9:43 PM
CATATAN HASSAN AL BANNA 8
(Bunga-Bunga Dakwah)
Datang Ke Kaherah Dan Meneruskan Pengajian Di Sana

Saya telah pulang ke Kaherah dan mendapati pusat pengajian Islam belum
wujud sepertimana sekarang ini. Hanya terdapat satu pusat pengajian iaitu
‘Makarimal Akhlak al-Islamiyyah’ yang diketuai oleh Al-Ustaz as-Syeikh Mahmud
Mahmud. Kuliah-kuliah pengajian Islam itu disampaikan di Darus-Sadat seminggu
sekali. Tempat tersebut sentiasa sibuk dengan orang yang melarat di situ. Kuliah kuliah
yang disampaikan itu mengandungi banyak tajuk yang berfaedah. Misalnya as-
Syeikh ‘Abas iaitu ‘Qari al Mukaram’ dapat menarik hari para pendengar dengan
suaranya yang lemak. Saya berpeluang menghadiri perhimpunan ‘Al-Mukaram' dan
bergabung di situ selama saya masih menetap di Kaherah.’

Pemikiran Untuk Membentuk Pendakwah-Pendakwah Islam

Saya mendapati kesan dari apa yang saya perhatikan di Kaherah. dan maksiat
yang jauh dari akhlak Islam di kebanyakan tempat. Begitulah keadaannya di
pedalaman Mesir. Begitu juga dengan pengaruh daripada setengah akhbar-akhbar
menyiarkan berita-berita yang tidak ada kaitan langsung dengan ajaran Islam
seterusnya menyebabkan penduduk jahil dengan hokum-hukum agama. Masjid saja
tidak mampu (memadai) untuk sampaikan ajaran Islam kepada manusia. Terdapat
sebilangan ulamak saja yang rela untuk menyebarkan nasihat di masjid Kamal itu.

Walaupun begitu mereka dapat memberikan kesan yang baik kepada jiwa-jiwa yang
kotor. Di antaranya ialah Al-Ustaz ‘Abdul ‘Aziz al Khouli rahmatullah, Al Ustaz As-
Syeikh Muhammad Mahfudz dan As-Syeikh Muhammad Al-Alwi. Oleh itu saya
berfikir untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Al-
Azhar dan Darul Ulum untuk melatih mereka memberi nasihat dan panduan
(petunjuk) di masjid-masjid, kemudian di kedai-kedai kopi seterusnya masyarakat
umum. Kemudian menjadikan mereka itu satu kumpulan yang bergerak ke kampongkampung
dan bandar-bandar penting untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Saya cuba
menyeimbangkan percakapan dengan perbuatan.

Oleh itu saya telah menyeru segolongan daripada sahabat-sahabat saya untuk
bergabung tenaga dalam rancangan yang mulia ini. Di antara mereka ialah Ustaz
Muhammad Madkur (lepasan Al-Azhar), Ustaz As Syeikh Hamid ‘Askariyyah, Ustaz
Ahmad Abdul Hamid - anggota pengasas Ikhwan Muslimin sekarang dan lain-lain
lagi. Kami berhimpun di tempat penginapan pelajar di Masjid Syaikhoon di Solibah.

Kami berbincang mengenai kepentingan rancangan ini dan menyiapkan diri dengan
ilmu dan amal. Saya telah mengkhaskan satu juz daripada buku-buku saya seperti
kitab Ihya’ oleh Al-Ghazali, Kitab ‘Al-Anwar Al-Muhammadiyah’ oleh An-
Nabahani, kitab Tanwir al-Qulub fi muamalah Allam al-Guyub oleh As-Syeikh Al-
Kurdi dan sebahagian daripada buku-buku sejarah dan untuk dijadikan perpustakaan
(Maktabah) bergerak di kalangan mereka dan untuk meminjam tajuk-tajuk tersebut,
serta membaca tajuk-tajuk khutbah dan kuliah-kuliah yang ada di situ.

Dakwah Di Kedai-Kedai Kopi

Setelah melengkapkan diri dengan ilmu maka hendaklah dilengkapkan pula
dengan ilmu perbuatan (amal). Saya mencadangkan kepada mereka untuk keluar
memberi nasihat di kedai-kedai kopi pula. Mereka berasa ganjil dan hairan serta
berkata, ‘Orang-orang yang berada di kedai kedai kopi itu tidak akan membenarkan
kita berbuat demikian dan akan menentang kerana mengganggu keseronokan mereka.’
Sepertimana diketahui, mereka ini adalah satu puak yang suka berfoya-foya tentulah
sukar bagi mereka untuk menerima nasihat kita. Bagaimana kita hendak bercakap
mengenai agama dan akhlak bagi kaum yang tidak memikirkan selain daripada
keseronokan saja. Tetapi saya berpendapat sebaliknya pula.

Saya percaya mereka itu merupakan satu golongan yang sanggup dan bersedia untuk mendengar sebarang nasihat daripada golongan yang lain bahkan lebih daripada golongan-golongan yang ada di masjid sendiri, kerana bagi mereka, ini adalah satu perkara yang baru. Kita hendaklah bijak memilih tajuk-tajuk yang sesuai dan janganlah mendedahkan sesuatu
yang boleh melukakan perasaan mereka. Kita hendaklah menyampaikannya dengan
cara yang lembut dan tidak memanjang-manjangkan percakapan serta dalam waktu
yang singkat saja. Perbincangan mengenai perkara ini berlanjutan di antara kami.

Saya berkata kepada mereka: ‘Kenapa kita tidak menjadikan percubaan ini sebagai
satu tahap (had) dalam urusan kita?’ Mereka semua setuju lalu kami keluar dan
memulakannya dengan kedai kopi yang terletak di Medan Solahuddin. Pertama di
kedai kopi As-Sayyidah ‘Aisyah dan dari situ ke kedai kedai kopi yang berselerak di
kawasan Toulon. Seterusnya dari Thariq al-Jabal ke Syare’i Salamah. Tidak
ketinggalan juga kedai kopi As-Saiyyidah Zainab. Saya merasakan pada malam itu
saja lebih 20 khutbah telah saya sampaikan kepada mereka. Setiap satu khutbah
mengambil masa di antara 5 hingga 10 minit.

Mereka yang ada di situ mendengar dengan rasa hairan serta mendiamkan diri untuk
menumpukan perhatian untuk mendengar. Pada mulanya mereka merasa sesuatu yang
ganjil. Lama-kelamaan mereka meminta untuk menambahkan lagi percakapan itu.
Kami tidak minum atau meminta sesuatu pun. Kami hanya memohon sedikit waktu
untuk mengingatkan mereka kepada Allah. Keadaan ini memberi kesan kepada
mereka. Tidak hairanlah sesungguhnya Allah tidak mengutuskan nabi atau rasul
kecuali untuk menyampaikan yang pertama iaitu ‘Katakanlah aku tidak menghendaki
upah’. Cara ini merupakan satu kesan yang mendalam ke atas jiwa orang yang diseru
itu. Dalam ujian ini saya berjaya sepenuhnya. Kami kembali semula ke tempat kami
di Syaikhoon. Kami berasa gembira atas kejayaan ini. Kami berazam untuk
meneruskan lagi usaha seperti itu.

Di Bilik Kuliah

Setakat ini, sistem pelajaran Darul Ulum tidaklah beku. Para penuntut
menghormati guru. Kerap kali kami berbincang mengenai politik dan kemasyarakatan
di dalam bilik kuliah. Waktu itu semagat politik sedang memuncak di Mesir. Ada
perselisihan antara Parti Wafd dan Parti Dastoor. Oleh itu, banyaklah peristiwa peristiwa
suka-duka yang berlaku di antara keduanya. (Ahli-ahli politik kadang kadang
bersatu, kadang-kadang berselisih. Kemudian mereka berbincang dan bersatu
dan berbalah semula. Keadaan ini berterusan untuk tempoh waktu yang lama.

Kadang-kadang perbincangan itu berjaya dan kadang-kadang gagal. Kejadian kejadian
ini menjadi tajuk perbincangan para penuntut. Para penuntut dan guru
berbincang tajuk-tajuk ini dalam suasana yang selesa. Mereka memberi pendapat
dengan bebas dan terbuka. Ketika berbincang antara guru dan pelajar, para penuntut
memberi pendapat dan para guru pula memberi kupasan. Kadang kala para penuntut
tidak setuju dengan pendapat guru. Namun begitu, para penuntut tetap menjaga adab
dan menghormati guru mereka. Setiap orang diberi kebebasan untuk menyuarakan
pendapat. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang kebiadapan. Kami
mempunyai hubungan rohani yang baik dengan guru kami dan kami juga
menghormati mereka dengan hati serta jiwa kami.

Kadangkala kami mengusik guru guru kami ketika di dalam bilik darjah.
Mereka membalas usikan kami dengan kemarahan atau dengan kelakar. Pernah salah
seorang rakan sekuliah kami menyoal guru kami seperti berikut: ‘Sudahkah tuan
berkahwin?’ Guru itu menjawab, ‘Belum.’ Rakan kami bertanya lagi, ‘Mengapa tuan
tidak kahwin? Tuan sudah cukup dewasa.’ Guru itu menjawab, ‘Saya sedang
menunggu gaji saya naik agar saya mampu menyara sebuah keluarga dengan baik.’

Penuntut tadi berkata, ‘Jika tuan terus menangguhkan perkahwinan dengan cara
begini, maka tidak ada jaminan bahawa tuan boleh hidup untuk menyara isteri dan
anak-anak. Rezeki dan hidup itu berada di tangan Allah.’ Guru tersebut merasa
tersinggung. Guru itu pun bertanya penuntut tadi, ‘Awak sudah kahwin?’ Penuntut itu
menjawab, ‘Ya, dan anak saya mengiringi saya setiap hari kerana dia hendak pergi ke
sekolah rendah. Dia pergi ke sekolahnya dan saya datang ke sekolah saya.’ Para
penuntut lain pun ketawa dan perbincangan itu berakhir di situ.
Read On 0 comments

Bertareqat: Pengalaman Hassan al Banna

5:00 AM
CATATAN IMAM HASSAN AL BANNA 7
(Bertareqat)

Minat Saya Di Dalam Tariqat Sufi Hasafiyah

Saya telah lihat ahli-ahli Tariqat Hasafiyah di dalam sebuah masjid kecil.
Setiap hari selepas solah Isya’, mereka terus berzikir kepada Allah. Saya selalu
menghadiri kuliah-kuliah Syeikh Muhammad Zahran antara solah Maghrib dan Isya’.
Halaqah zikir yang diadakan itu disertai pula dengan nasyid yang merdu, menarik
minat saya. lanya dihadiri oleh ulamak-ulamak dan pemuda-pemuda yang soleh.
Mereka juga memberi layanan yang baik kepada kanak-kanak di situ untuk menyertai
dalam halaqah zikir itu.

Lama-kelamaan hubungan saya dengan ‘Ikhwan Al-Hasafiyah’ semakin erat.
Di antara orang-orang yang paling kuat mempengaruhi saya ialah Syeikh Syalbi Ar-
Rijal, Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman. Begitu juga
dengan pendakwah-pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee, Sowi
Afandi as-Sowi, Abdul Mut’al Afandi Sankal dan yang lain-lain lagi adalah hampir
sebaya umur mereka dengan saya. Di sinilah saya bertemu dengan Ustaz Ahmad Sakri
buat pertama kali, Beliau adalah wakil Ikhwanul Muslimun waktu itu. Pertemuan
tersebut meninggalkan kesan yang hebat kepada kehidupan kami.

Sejak itu, nama Syeikh Hasafi terus mempengaruhi saya dan saya berasa sangat gembira bila mendengar nama itu. Saya pun semakin kempunan hendak bertemu Syiekh itu dan
mendapat faedah dari kuliah yang diberinya. Saya mula mengamal ‘Wazifah ar-
Ruzooqiyyah’ di waktu subuh dan petang. Saya mula berminat dengan wazifah ini
apabila bapa saya memberitahu bahawa kalimah di dalam wazifah tersebut diambil
dari hadith-hadith sahih. Risalah ini dinamakan risalah (menerangkan hati untuk
menjadi suci dengan zikir Ruzooqiyyah). Wazifah ini tidak melebihi dari ayat-ayat al-
Quran dan hadith-hadith. Walaupun begitu tidak kedapatan padanya perkataan
perkataan yang ganjil, fahaman-fahaman dan ibadat-ibadat yang bertentangan dengan
Islam.

Ketika ini saya berjumpa dengan sebuah kitab bertajuk 'Almanhal as-Safi fi
Manaqib Hasnain al-Hasafi’. Hasnain al-Hasafi adalah pengasas dan pemimpin
pertama Tariqat Hasafiyah (Ikhwan Al-Hasafi). Kini pemimpin Tariqat tersebut ialah
Syeikh Abdul Wahab Hasafi, iaitu anak Syeikh Hasnain al-Hasafi. Semoga Allah
merahmati Syeikh Abdul Wahab dan memberi kejayaan kepada segala usahanya.
Saya tidak sempat menemui Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana dia telah meninggal
dunia pada hari Khamis, 17 Jamadil Akhir, 1328 Hijrah. Saya berumur 4 tahun ketika
itu. Walaupun dia kerap melawat negeri saya, tetapi saya tidak berpeluang
menemuinya.

Melalui kitab tersebut, saya mendapat tahu bahawa Syeikh Hasnain adalah
seorang ulamak Universiti al-Azhar yang alim. Beliau pakar dalam Ilmu Fiqh Mazhab
Syafi’e dan Ulumud Din. Dia juga seorang ulamak yang luas pembacaannya. Beliau
bersolat tepat pada waktunya dan banyak masanya habis dalam berzikir kepada Allah.
Dia adalah seorang yang wara’ dan bertakwa. Dia juga menunaikan umrah dan Haji
banyak kali. Para sahabatnya tidak dapat mencari orang lain yang lebih bertakwa yang
mematuhi ajaran Allah, menunaikan segala perkara perkara yang wajib serta sentiasa
memelihara perkara-perkara sunat.

Syeikh Hasnain Al-Hasafi tidak lalai dari mematuhi dan melaksanakan
perkara-perkara tersebut sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau berumur 60 tahun
tetapi umurnya yang tua itu tidak menyekat dia dari menjalankan dakwah Islamiah.
Dia menentang amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan menggalakkan
amalan-amalan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau selalu menentang
bida’ah-bida'ah yang menyusup masuk ke dalam amalan-amalan Tariqat Sufi.

Dia menyeru manusia kepada perbuatan maaruf dan melarang manusia dari melakukan
perbuatan yang haram. Beliau membawa perubahan yang hebat kepada
masyarakatnya dengan membanteras banyak amalan-amalan yang bertentangan
dengan Islam. Pemikiran dan amalannya mengagumkan saya. Dalam usaha
menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar, beliau tidak takut kepada
sesiapa pun. Ada banyak peristiwa yang menggambarkan keberaniannya.

Pernah Syeikh Hasnain pergi menemui Perdana Menteri Mesir, Riyadh Basya.
Pada waktu yang sama seorang ulama lain telah datang menemui Riyadh Basya.
Ulama tersebut telah tunduk memberi hormat kepada Riyadh Basya. Syeikh Hanain
naik radang dan terus menampar ulamak tadi sambil berkata, ‘Berdiri tegaklah
engkau! Tidak dibenarkan ruku’ dalam Islam melainkan di hadapan Allah S.W.T.
Janganlah engkau mencemar Islam dan ilmu yang ada padamu, nanti kelak Allah akan
mencemarmu.’ Perdana Menteri Riyadh Basya dan ulamak tadi pun terpegun. Tidak
seorang pun yang berani mengambil tindakan terhadap Syeikh Hasnain.

Apabila Syeikh Hasnain duduk, seorang pembesar pun tiba. Beliau adalah
sahabat Riyadh Basya. Salah satu jarinya tersarung sebentuk cincin emas dan di
samping itu dia juga membawa sebatang tongkat yang berkepala emas. Syeikh
Hasnain pun menasihatinya, ‘Saudara ku! Kaum wanita diharuskan memakai
perhiasan emas dan kaum lelaki diharamkan memakai emas. Lebih baik kau serahkan
barang-barang emas yang ada padamu itu kepada kaum wanita di dalam keluargamu.

Jauhkan dirimu dari bertindak bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebelum
pembesar tadi membangkang, Riyadh Basya masuk campur dan memperkenalkan
mereka berdua. Namun begitu, Syeikh Hasnain masih bertegas supaya cincin emas
dan emas di hujung tongkat ditanggalkan agar amalan yang bertentangan dengan
Islam dapat dihentikan.

Satu hari Raja Mesir, iaitu Taufiq Pasya, telah menghadiri satu perhimpunan
khas para ulamak. Syeikh Hasnain juga turut hadir di majlis itu. Apabila Syeikh
Hasnain bertemu Taufiq Pasya, dia pun mengucap ‘Assalaamu’alaikum’ dengan
kuatnya. Taufiq Pasya hanya membalas salam itu dengan mengangkat tangan saja.
Tanpa rasa gentar, Syeikh Hasnain pun dengan lantang berkata, ‘Jawablah salam
dengan cara yang sama atau dengan cara yang lebih baik lagi. Menurut Islam, tidak
harus menjawab salam dengan tangan. Jawapan salam perlulah diberi dengan
sepenuhnya iaitu ‘Wa a’laikumus-Salaam wa rahmatullahi wa barakatuh’. Taufiq
Pasya berterima kasih pada Syeikh Hasnain kerana pendiriannya dan pegangannya
dalam hal agama.

Satu hari Syeikh Hasnain pergi berjumpa salah seorang muridnya di Jabatan
Ukur. Beliau lihat ada patung kecil di atas meja dalam pejabat muridnya itu. Syeikh
Hasnain bertanya, ‘Apakah benda ini?’ Muridnya menjawab, ‘Patung ini perlu untuk
kerja-kerja kami’. Syeikh itu menjawab, ‘Benda ini dilarang (diharamkan) Allah.’
Beliau pun mematahkan leher patung tersebut dengan tangannya sendiri. Di waktu itu,
seorang Inspektor bangsa Inggeris masuk ke dalam pejabat itu. Dia bertanyakan
Syeikh Hasnain mengenai perkara patung tadi. Dengan sopan santun, Syeikh itu
menerangkan bahawa Islam datang untuk menegakkan Tauhid (Keesaan Allah) di atas
muka bumi dan juga untuk menghapuskan berbagai bentuk penyembahan berhala.

Islam telah mengharamkan patung agar ia tidak menjadi sumber penyembahan.
Penerangan dasar-dasar Islam yang diberi oleh Syeikh Hasnain begitu elok sehingga
dapat menyakinkan Inspektor tadi. Dia sangat tertarik dengan hujah-hujah Syeikh
Hasnain sebab selama ini dia sangka penyembahan berhala wujud di dalam Islam. Dia
menerima kebenaran Islam dan memuji Syeikh Hasnain.

Satu hari Syeikh Hasnain dan murid muridnya menziarahi Masjid Saidina
Hussain (r.a.). Dia berdiri di hadapan kubur dan mengucapkan kalimah berikut:
Maksudnya: “Sejahtera ke atas mu ahli kubur yang Mu’min.”
Sementara itu seorang dari muridnya memohon, ‘Tuan! Beritahu Saidina
Hussain agar dia memberkati aku.’

Syeikh Hasnain Al-Hasafi memandangnya dengan penuh marah dan berkata, “Semoga Allah memberkati kita dan dia (yakni Saidina Hussain). Kemudian dia, meminta semua murid-muridnya berhimpun di situ kerana dia hendak memberi syarahan. Dalam perhimpunan tersebut beliau menghurai secara terperinci adab dan peraturan menziarahi kubur. Beliau juga menjelaskan perbezaan antara bidaah dan syara’ dalam persoalan menziarahi kubur.

Bapa saya pernah menceritakan bahawa dia, Syeikh Hasnain dan para anggota
Tariqat Hasafiah yang lain telah berkumpul di rumah Hasan bin Abu Syed Hasnain.
Seorang pelayan wanita yang masih muda masuk ke dalam majlis untuk
menghidangkan kopi. Kepala dan tangannya terdedah. Syeikh Hasnain memandang
wanita tadi dengan marahnya dan dia menyuruh wanita itu keluar. Syeikh Hasnain
juga enggan minum kopi yang dihidangkan. Beliau telah berjumpa dengan tuan rumah
itu dan memberinya satu pengajaran mengenai kewajipan terhadap gadis-gadis
walaupun mereka merupakan pelayan, tidak seharusnya dipamerkan kepada lelaki
ajnabi.

Inilah di antara nilai-nilai akhlak Syeikh Hasnain Al-Hasafi yang banyak
mempengaruhi saya. Para anggota Tariqat Hasafiah selalu memuji ajaran Syeikh
Hasnain, tetapi saya lebih tertarik dengan ajaran-ajaran yang diamalkannya. Saya
yakin Allah telah memberinya kuasa istimewa untuk menyebarkan Islam. Beliau telah
berusaha mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran dengan tabahnya. Saya
mula mengenal Syeikh Hasnain Al-Hasafi ketika saya berumur 12 tahun. Pengenalan
saya dengan Syeikh itu kian teguh lantaran satu peristiwa aneh. Saya telah membaca
buku beliau berulang kali.

Satu hari saya telah bermimpi. Dalam mimpi itu, saya sedang berada di sebuah tanah perkuburan. Saya lihat salah satu kubur bergegar dan
bergerak. Gegaran berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Akhirnya kubur tadi
pecah. Api memancut keluar darinya dan menjulang ke langit. Api itu bertukar
membentuk satu lembaga manusia lelaki. Lembaga itu adalah satu lembaga panjang
yang menggerunkan. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Gergasi itu berteriak
sambil berkata kepada orang ramai yang berkumpul di sekelilingnya, ‘Wahai
manusia! Perkara perkara yang diharamkan Allah kepada kamu kini telah dihalalkan.

Sekarang kamu buatlah apa yang kamu suka.’ Saya pun muncul dari khalayak ramai
dan berkata, ‘Kau pendusta.’ Orang ramai pun berpaling melihat saya dan saya
memberitahu mereka, ‘Wahai manusia yang dikasihi! Dia adalah syaitan yang
dilaknat. Dia telah datang untuk menyesat dan menghasutkan kamu. Jangan dengar
kata katanya! Jika tidak, kamu akan sesat.’ Gergasi tadi naik marah dan berkata,
‘Sekarang kita akan berlumba lari di hadapan orang ramai. Jika kau menang, kau
dianggap benar. Jika aku menang, akulah yang benar.’ Saya menerima cabarannya itu.

Saya pun berlari sepantas yang saya mampu. Malangnya kaki saya tidak dapat
bersaing dengan kaki gergasi yang besar itu. Belum sempat gergasi tersebut
menangkap saya, Syeikh Hasnain Al-Hasafi muncul dan memeluk saya. Beliau
memegang saya dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya diangkat dan
dihalakan kepada gergasi yang sedang pantas bergerak itu. Beliau berteriak dengan
kuat, ‘Nyahlah engkau wahai syAltan yang terkutuk!’ Gergasi tadi cabut lari dan
menyembunyikan dirinya. Syeikh Hasnain pun turut lesap.

Saya pergi bertemu orang ramai tadi dan berkata, ‘Awak semua telah saksikan
sendiri usaha syaitan hendak menyesatkan awak dari jalan kebenaran yang
ditunjukkan Allah.’ Selepas itu saya pun terkejut jaga. Semenjak hari itu, saya pun
begitu kempunan hendak bertemu Syed Abdul Wahab Al-Hasafi, iaitu putera Syeikh
Hasnain Al-Hasafi kerana hendak belajar dasar dasar Akhlak Islam darinya tetapi dia
tidak muncul.

Berhubung dengan peristiwa di perkuburan itu, saya teringat kepada saudara
seagama saya, iaitu Syeikh Muhammad Abu Syousya, seorang saudagar di
Mahmoodiyah. Saya terhutang budi kepadanya kerana dia banyak memberi
bimbingan rohani kepada saya. Dia mengumpul lapan hingga sepuluh orang budak
lelaki termasuk saya dan membawa kami ke tanah perkuburan. Kami menziarahi
kubur sambil berzikrullah di masjid Syeikh Najeeli. Syeikh Muhammad Abu Syousya
menceritakan kisah kisah para wali dan orang-orang soleh kepada kami dengan cara
yang begitu menarik sehingga air mata kami mengalir. Kemudian dia menunjuk
kepada kami kubur-kubur yang terbuka dan mengingatkan kami bahawa satu hari
nanti kami juga akan berada di tempat yang gelap dan mengerikan itu (yakni kubur).

Syeikh Muhammad Abu Syousya menangis teresak-esak dan kami juga turut
menangis. Kami semua pun bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala
kesalahan yang kami lakukan. Kadangkala dia mengikat benang di pergelangan
tangan kami Sebagai lambang peringatan taubat yang telah kami lakukan. Beliau
menerangkan bahawa jika fikiran kami diselubungi kejahatan atau syaitan cuba
menghasut kami, maka hendaklah kami menyentuh benang tersebut sambil
mengingati janji yang telah kami buat untuk mematuhi Allah serta menjauhi
perbuatan mungkar. Kami mendapat banyak faedah dari nasihat serta tunjuk ajar
beliau yang baik dan berguna itu. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas beliau.

Hati saya sentiasa teringat Syeikh Hasan sehinggalah saya memasuki Maktab
Perguruan Damanhur. Makam Syeikh Hasan berada di Damanhur. Masjid beliau yang
belum siap itu juga berada di Damanhur. Ketika itu hanya asas masjid saja yang siap.
Masjid itu dapat disiapkan kemudiannya. Saya menziarahi makam Syeikh Hasan
setiap hari. Saya bergaul rapat dengan para anggota Tariqat Hasafiyah. Setiap malam
saya menghadiri syarahan-syarahan yang diberi di Masjid At-Taubah.

Saya bertanya berkenaan ketua Tariqat Hasafiyah di situ dan mendapat tahu namanya ialah Syeikh Basiyooni Alatt. Beliau adalah seorang peniaga yang bertaqwa dan wara’. Saya memohon kepada beliau supaya memperkenaikan saya dengan Syeikh Syed Abdul
Wahab Al-Hasafi. Syeikh Basiyooni pun berjanji hendak memperkenalkan saya
dengan Syeikh tersebut apabila dia melawat Damanhur. Sebelum ini saya belum
pernah menyatakan bai’ah (sumpah setia) dengan sesiapa pun. Menurut para anggota
Tariqat Hasafiyah, saya masih di peringkat ‘Muhib’ (orang yang kasih kepada orang
orang wara’ dan soleh) dan bukannya murid (pengikut).

Satu hari Syed Abdul Wahab melawat Damanhur. Para anggota Tariqat
Hasafiyah menyampaikan berita kedatangannya itu kepada saya. Alangkah
gembiranya saya. Saya pergi bertemu Syeikh Basiyooni dan meminta beliau
membawa saya kepada Syeikh Abdul Wahab Al-Hasafi pada hari Ahad, 4 haribulan
Ramadhan, 1341 Hijrah, lepas solat Asar. Saya pun menyatakan bai’ah saya dengan
meletakkan tangan saya di atas tangan Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab.
Dengan demikian, rasmilah saya sebagai salah seorang anggota Tariqat Hasafiyah.
Syed Muhammad Abdul Wahab membenarkan saya menggunakan segala kemudahan
kemudahan yang dikhaskan kepada para anggota Tariqat Hasafiyah.

Semoga Allah merahmati Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab. Saya
beruntung banyak dapat bergaul dengannya. Setiap usaha beliau adalah kebaikan
semata. Beliau adalah seorang yang wara’ dan berakhlak mulia. Beliau tidak mengejar
pangkat dan kekayaan orang lain. Setiap masalah dihadapinya dengan penuh
bijaksana.

Hayatnya habis dalam mengajar orang dan beribadat kepada Allah. Beliau
memimpin para anggota Tariqat Hasafiyah dengan penuh kebaikan dan kejayaan.
Di antara ajarannya yang menarik ialah Syeikh Syed Abdul Wahab tidak
membenarkan para anggota Tariqatnya yang terpelajar berbincang masalah-masalah
khilaf dan meragukan dan menyebut-nyebut percakapan orang-orang Mulhid dan
Zindiq di hadapan para anggota Tariqat biasa.


Katanya kepada mereka,‘Berbincanglah perkara perkara itu di dalam perjumpaan perjumpaan khas awak. Ketika berdakwah kepada orang awam, hendaklah menyentuh perkara-perkara yang mudah dan berkesan yang dapat mengarahkan mereka kepada taat kepada Allah.

Jika perkara-perkara yang rumit tadi dibincangkan, mungkin mereka tidak memahami
kamu dan hal ini boleh membuat mereka ragu terhadap agama mereka sendiri.
Lantaran itu awaklah yang menjadi punca salah faham mereka terhadap Islam.’ Saya
masih ingat kata katanya kepada saya dan Ahmad Sakri. Saya lihat tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa Allah akan membuka hati orang ramai kepada kamu. Ramai
dari mereka yang akan menyertai gerakan kamu.

Fahamilah bahawa Allah akan menyoal kamu mengenai orang-orang yang mendatangi kamu sama ada kamu telah menggunakan masa mereka dengan baik atau tidak. Jika masa mereka digunakan dengan baik, maka Allah akan memberi ganjaran baik kepada mereka dan kamu.
Andainya masa mereka tidak digunakan dengan baik, maka kamu akan dihukum.
Dengan cara inilah Syeikh tersebut mendorong kami menjalankan kewajipan kami
kepada Allah. Kami dapati peribadi beliau dipenuhi kebaikan.

Pada waktu itu, kami berpakat hendak menubuhkan satu pertubuhan di
Mahmoodiyah. Pertubuhan itu digelar ‘Persatuan Kebajikan Hasafiah’. Seorang
peniaga/saudagar Mahmoodiyah terkenal yang bernama Ahmad Afandi as-Sakri telah
dilantik Sebagai yang Di Pertua dan saya pula dilantik Sebagai Setiausaha. Kegiatan
persatuan tertumpu kepada dua bidang yang penting. Bidang pertama menyebarkan
dakwah untuk pembinaan akhlak orang ramai dan membanteras kemungkaran di
kalangan masyarakat. Bidang kedua melibatkan usaha menentang kegiatan risalah
Kristian. Para anggota ini yang paling gigih terdiri dari tiga orang wanita. Mereka
berusaha menyebar agama Kristian dengan bertopengkan kursus jahitan serta tekat
menekat dan juga dengan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan rawatan
perubatan.

Persatuan Kebajikan Hasafiyah ‘menghadapi gerakan Kristian’ ini habishabisan.
Usaha ini mendapat penghargaan dari orang ramai. Kemudiannya, usaha ini
diteruskan oleh Ikhwanul Muslimin.

Hubungan kami dengan Syed Abdul Wahab Al-Hasafi tetap baik sehinggalah
tertubuh dan berkembangnya gerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara Mesir.
Selepas itu, pendapat beliau dan pendapat kami mengenai Ikhwanul Muslimin
berubah. Namun begitu, kami masih menyimpan rasa terhutang budi dan rasa hormat
kepadanya. Beliau adalah seorang ahli ibadat yang baik dan wara’.

Ulasan
1) Imam Hasan al Banna mempunyai asas tasawuf bertareqat. Amalan tasawuf bertareqat banyak mempengaruhi spiritual dan tindakan beliau.

2) Walaupun bertareqat, bukan semua ajaran tareqat diterapkan dalam Ikhwanul Muslimin. Beliau pandai menapis amalan yang bertentangan dengan al Quran dan sunnah.

3) Kini krisis iman dan akidah lebih utama daripada meningkat keupayaan dalaman diri dengan bertareqat. Walau bagaimanapun, ajaran tasawuf perlu ada bagi mengatasi kebejatan yang melanda umat.
Read On 0 comments

Peneliti Gerakan Islam

Peneliti Gerakan Islam
Chegu Ridhwan

Penulis yang faqir

Blog ini adalah hasil tulisan penulis yang daif. Penulis seorang peneliti gerakan Islam. Berasal dari kampung Tebakang, Marang, Terengganu. Menginap juga di Jalan B, Rantau Perintis, Jengka, Pahang. Mendapat pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang sejarah, sosiologi dan antropologi. Kini bertugas di Sandakan, Sabah. Penulis diberi nama, Mohamad Ridhwan Bin Alias. Kalian boleh hubungi penulis melalui email tokawang_sufi@yahoo.com

Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin

Followers

FEEDJIT Live Traffic Feed

Siapa Datang?

BLOG MUSLIM